Pages

Saturday, August 20

20 Ramadhan 2011- antara 8 Sikap wanita...

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna...

p/s: credit to blog uptomu

Thursday, August 18

The most beautiful words =')


"If I'm going to change for the better,
I'm going to take you with me "


Something Right

We are humans. We tend to do mistakes. But its not that the misbehave that only counts. The effort and ability to repent, to change, to be better than yesterday, it is the most right thing to do for every single mistake that we'd done. People learn from mistakes and experiences. How do we value the meaning of bright without having any idea on how dark looks like, happiness without falling in any sadness before, to acknowledge the rights without bumping into the wrongs. I'm glad to have people around me that stop me when am walking on a wrong road. Thank you, Alhamdulillah. =)

Saturday, August 13

13 ramadhan 2011

Dah dekat seminggu batuk2, seksa rase. Nak tido batuk, batuk terbangun, bangun tido je batuk. Batuk yang jenis perit segala tekak n dada pulak tu. Pastu demam, baik demam batuk tak hilang2.. Dugaan dugaan.. macam2, moga diri ini bersabar and diberi kekuatan dengan segala jenis cobaan dan dugaan, tambah2 bulan mulia ni.. semoga anugerah nikmat sihat tu digunakan dgn baik selagi mampu, insyaAllah.. 16 or 17 hari lg puasa =)

Friday, August 12

12 Ramadhan 2011

Semalam seharian internet probs so tak dapat continue tengok grey's anatomy. Em lgpun ok gak, sebab semalam demam teruk seharian terbaring, bangun untuk solat je. Tak dapat tolong my mom buat biskut tempahan raya. Tak berapa sehat sangat 2 3 hari ni dengan batuk sakit tekak demam nye, but semalam the worst. Hopefully today better than yesterday =). Transition mode kot, it is hard to change,but all i can do is just face it and try my best. Bcoz i know it worth, for the sake of myself jugak =)
Since semalam seharian terbaring, malam ni susah nak tido lak. And currently I'm on page 49, Talley's clinical exam book on the cardiovascular system. Since ade mention pasal infective endocarditis, buat2 rajin bace buku pathophysio on it, sje nk review balik. Bace2 macam tu je. Em try memanfaatkan cuti yang ade sebaiknye, so that bila masuk nanti taklah susah nak start enjin untuk masuk mood study balik, hope so. I'm wishing all my loved ones with the best of health and wealth, selamat berpuase lg 18 hari lagi tinggal, selamat bertarawikh, selamat beribadah di bulan yg mulia ni, n semoga sentiasa berbahagia di samping orang2 tersayang =)

Friday, August 5

Zaman kanak-kanakku

Time kecik2 wani tak layan jenis2 patung barbie, bagi wani patung macam tu menakutkan lg2 sebab leh cabut2 kepala kaki tangan.. bg wani scary owh! ='( tapi my aunt n arwah nenek suke belikan patung camtu, yelah name pun budak pempuan so adelah benda tu kat umah dulu. Tapi if nampak je patung tu, if time wani ngah sorang2, wani campak jauh2 patung tu, x pun sorok bawah kusyen mane2 bagi tak nampak dah..sebab rase benda tu berhantu n menakutkan. Tapi teddy bear sangat suke. Walaupun muke teddy bear tu bengis tak ingat dunia tp tetap cute compared tu patung ala2 barbie yg control lawa yg menakutkan. My personal view jelah, masing2 ade pendapat masing2 kan. Lagipun i'm a kind of weirdo. no offense k =) So leh bayang tak, dak umur 4 or 5 tahun sebelah tangan usung2 teddy bear, sebelah tangan lg bz dok campak2 patung, macam cute kan??! macam lah =P
so benda yg wani main time zaman kanak2 dulu:
nostalgic kan? disebabkan teman sepermainan adalah my bro, sebab tu mainan2 nye rupa cenggini. Digimon, lego, kete tamiya. Terpengaruh ngan citer Robocop lah main pistol2 tu. Tapi takde robocop manelah, ala2 gerak khas tu adelah kot.haha. Main gak masak2 ngan my sis kejap je pastu dah bosan tinggalkan die main sensorang. naseb baik dah besar ni boleh lah gak memasak =).
Lepas tu ingat tak time zaman old desktop tu? yg pakai disket2 tu.. kitorg penah ade satu, time tu tak mampu lg nak beli yg jenis pc pakai cd nyer lg. Lebih kurang mcm ni lah rupanya.
And game karateka nilah my fav game time tu =) best2..

Lepas tu time tu kan x de PS lg, entah lah if dah ade pun kitorang tak mampu nak beli lg kot. so yg ade pun tv game console, pakai tulah main mario main street fighter pe.. Alaa yg pakai tape tu, 9 in 1 lah, 20 in 1 lah..
yg bestnye bila dh start nk rosak console die tu, kene tekan or tarik ckitlah tape die, sebelah kene senget ckit, x pun kene tanggalkan cover die tinggal papan litar yg kat dalam je..
Banyak lg tp nilah antara yg paling teringat-ingat. Main tiang2, zero point, main sorok2 sampai longkang pun jadi tempat sorok. Main picnic2 bawah pokok pastu abis kene gigit kerengga balik umah terus nangis ngadu kat mak..hehe biaselah kecik lagi =P

Tulah entertainment zaman kecik2 dulu =). Ape2 game pun yg dilayan time zaman kecik2 dulu, Alhamdulillah saya membesar sebagai seorang yg normal dan sedang menuju ke arah masa depan yg lebih baik insyaAllah.. Wassalam, selamat malam, selamat bersahur n selamat berpuase =)