Pages

Wednesday, November 30

Holiday MODE!! +_+



P/s: x de mood cakap pasal exam n previous posting.. bila lah nak start belek2 for O&G posting nih..haihhh

Wednesday, October 19

Clinical Phase =)))) (sarcastic smile..)

2 months menyepikan diri. Takde masa nak menjengah blog, juz sempat utk singgah2 kat facebook ngan twitter je =P. Hmmm.. Starting this clinical phase, permulaan kan memang rase susah, susah nak adapt ngan cara berbeza, environment berbeza and cara doctors yang berbeza ( especially for PE n Case Presentation).. Ade je tak kene, ade yg cara macam tu macam ni, ade yang tak payah tu payah ni, ade yang ni dulu tu kemudian.. sampai ade yang tension tu tension ni (me) =P
I'm starting my clinical phase with Internal Medicine Posting. We started our first 2 weeks at Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Kat sane yg best sebab hospital baru, suasana cam best aa, cam tersusun kemas, ade AIRCOND lak tu. Ade pantry yg selesa tempat lepak study sambil makan2 if time tak clerk patient. Cafe turun lift n jalan ckit je. Mak guard peramah tak ingat, asal masuk je pintu utama hospital tu "Assalamualikum doktor.. selamat pagi doktor.. awal doktor hari ni.." very welcoming =). Patients lak sangat cooperative, "good morning doctor.. assalamualaikum doctor.." even kitorg cakap "makcik kami pelajar lagi, baru tahun 3..".. "Takpelah nanti jadi doctor gak kan..". n if kitorg nak wat Physical Exam (PE) ade patients yg akan cakap " Takpelah, buatlah ape korang nak buat, nak belajar kan nak jadi doctor yg mahir baik nanti.." terharu ngan patient yg ade mindset camtu =') Kat sane kitorg oncall at 3 a.m sbb procedures for blood taking start around dat time.. best gak lah pegi time tu, ade HOs ngan kitorg je. Siap berkawan ngan HOs lg tu n buat suke hati sbb specialists n MOs not around..haha =D
After that posting kat HTAA. Very different environment I can say. A more serious environment. Monitored by the seniors n IIUM specialists, dean n deputy dean pun ade kdg2 buat ward round. Keadaan kat HTAA takdelah seselesa HoSHAS. Tapi yelah takkan nak memilih lak, nak yang best je. Kene experience different environment gak, experience different situations, in order to be able to adapt in different conditions given n become a good doctor.
Takat ni posting, dah masuk 6th week dah, so far ok lglah tak tumbang tersungkur lg. Tak boleh jawab soklan doctor, kene bamboo ngan doctor, kene marah ngan nurse, kene reject ngan patient semua tu benda yg patut kene biasekan.. SEBAB APE??.."Bcoz we are MEDICAL STUDENTS'' =)


=P

Saturday, August 20

20 Ramadhan 2011- antara 8 Sikap wanita...

Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna...

p/s: credit to blog uptomu

Thursday, August 18

The most beautiful words =')


"If I'm going to change for the better,
I'm going to take you with me "


Something Right

We are humans. We tend to do mistakes. But its not that the misbehave that only counts. The effort and ability to repent, to change, to be better than yesterday, it is the most right thing to do for every single mistake that we'd done. People learn from mistakes and experiences. How do we value the meaning of bright without having any idea on how dark looks like, happiness without falling in any sadness before, to acknowledge the rights without bumping into the wrongs. I'm glad to have people around me that stop me when am walking on a wrong road. Thank you, Alhamdulillah. =)

Saturday, August 13

13 ramadhan 2011

Dah dekat seminggu batuk2, seksa rase. Nak tido batuk, batuk terbangun, bangun tido je batuk. Batuk yang jenis perit segala tekak n dada pulak tu. Pastu demam, baik demam batuk tak hilang2.. Dugaan dugaan.. macam2, moga diri ini bersabar and diberi kekuatan dengan segala jenis cobaan dan dugaan, tambah2 bulan mulia ni.. semoga anugerah nikmat sihat tu digunakan dgn baik selagi mampu, insyaAllah.. 16 or 17 hari lg puasa =)

Friday, August 12

12 Ramadhan 2011

Semalam seharian internet probs so tak dapat continue tengok grey's anatomy. Em lgpun ok gak, sebab semalam demam teruk seharian terbaring, bangun untuk solat je. Tak dapat tolong my mom buat biskut tempahan raya. Tak berapa sehat sangat 2 3 hari ni dengan batuk sakit tekak demam nye, but semalam the worst. Hopefully today better than yesterday =). Transition mode kot, it is hard to change,but all i can do is just face it and try my best. Bcoz i know it worth, for the sake of myself jugak =)
Since semalam seharian terbaring, malam ni susah nak tido lak. And currently I'm on page 49, Talley's clinical exam book on the cardiovascular system. Since ade mention pasal infective endocarditis, buat2 rajin bace buku pathophysio on it, sje nk review balik. Bace2 macam tu je. Em try memanfaatkan cuti yang ade sebaiknye, so that bila masuk nanti taklah susah nak start enjin untuk masuk mood study balik, hope so. I'm wishing all my loved ones with the best of health and wealth, selamat berpuase lg 18 hari lagi tinggal, selamat bertarawikh, selamat beribadah di bulan yg mulia ni, n semoga sentiasa berbahagia di samping orang2 tersayang =)

Friday, August 5

Zaman kanak-kanakku

Time kecik2 wani tak layan jenis2 patung barbie, bagi wani patung macam tu menakutkan lg2 sebab leh cabut2 kepala kaki tangan.. bg wani scary owh! ='( tapi my aunt n arwah nenek suke belikan patung camtu, yelah name pun budak pempuan so adelah benda tu kat umah dulu. Tapi if nampak je patung tu, if time wani ngah sorang2, wani campak jauh2 patung tu, x pun sorok bawah kusyen mane2 bagi tak nampak dah..sebab rase benda tu berhantu n menakutkan. Tapi teddy bear sangat suke. Walaupun muke teddy bear tu bengis tak ingat dunia tp tetap cute compared tu patung ala2 barbie yg control lawa yg menakutkan. My personal view jelah, masing2 ade pendapat masing2 kan. Lagipun i'm a kind of weirdo. no offense k =) So leh bayang tak, dak umur 4 or 5 tahun sebelah tangan usung2 teddy bear, sebelah tangan lg bz dok campak2 patung, macam cute kan??! macam lah =P
so benda yg wani main time zaman kanak2 dulu:
nostalgic kan? disebabkan teman sepermainan adalah my bro, sebab tu mainan2 nye rupa cenggini. Digimon, lego, kete tamiya. Terpengaruh ngan citer Robocop lah main pistol2 tu. Tapi takde robocop manelah, ala2 gerak khas tu adelah kot.haha. Main gak masak2 ngan my sis kejap je pastu dah bosan tinggalkan die main sensorang. naseb baik dah besar ni boleh lah gak memasak =).
Lepas tu ingat tak time zaman old desktop tu? yg pakai disket2 tu.. kitorg penah ade satu, time tu tak mampu lg nak beli yg jenis pc pakai cd nyer lg. Lebih kurang mcm ni lah rupanya.
And game karateka nilah my fav game time tu =) best2..

Lepas tu time tu kan x de PS lg, entah lah if dah ade pun kitorang tak mampu nak beli lg kot. so yg ade pun tv game console, pakai tulah main mario main street fighter pe.. Alaa yg pakai tape tu, 9 in 1 lah, 20 in 1 lah..
yg bestnye bila dh start nk rosak console die tu, kene tekan or tarik ckitlah tape die, sebelah kene senget ckit, x pun kene tanggalkan cover die tinggal papan litar yg kat dalam je..
Banyak lg tp nilah antara yg paling teringat-ingat. Main tiang2, zero point, main sorok2 sampai longkang pun jadi tempat sorok. Main picnic2 bawah pokok pastu abis kene gigit kerengga balik umah terus nangis ngadu kat mak..hehe biaselah kecik lagi =P

Tulah entertainment zaman kecik2 dulu =). Ape2 game pun yg dilayan time zaman kecik2 dulu, Alhamdulillah saya membesar sebagai seorang yg normal dan sedang menuju ke arah masa depan yg lebih baik insyaAllah.. Wassalam, selamat malam, selamat bersahur n selamat berpuase =)

Thursday, July 28

Today more than yesterday

Saturday, July 23

X-japan ballad songs, my all time fav!


One of my fav song called Forever Love. Ni time last diorg perform together sbb lepas tu masing2 nk bwk diri in their own careers.


Endless Rain, the best.

But u hv to hear all those guitar versions. The Best!
-Unfinished
-Endless rain
-crucify my love
-longing
-the last song
-tears
-alive
-say anything

Thursday, July 21

Cooliris! cool!

Penah download this plugin tp after format2 laptop ni lupe dah..then bila takde keje googling images, rase cam susah nk view satu2..then I remember of this, download2 =)


And this is my precious space ^__^

Saturday, July 16

paying a visit...here =)

Daripada cuti hari tu takdelah ape sangat, just enjoy my days watching movies, dramas, series with no worries at all ..hmm at least for now heeee =). Somehow I have to fulfill my target to finish that Talley Clinical Examination book before I put a step in HTAA this Sept. And now thinking of that do worries me, a lot :-s
Last 3 weeks my family from sabah turun ipoh. But i didn't join 'em going here and there because I was busy in the kitchen helping my mom out preparing them welcoming home meals =). 4 hari 3 malam then me n my mom join diorang g KL for some raya shopping. We stayed 2 nights in KL and then we made our own ways. Me back to Ipoh n them back to Sabah.
Then last week I went to KL again, visiting my loves.. ^_^


Wednesday, June 1

Flashback: 1st Anatomy Practical Class at KOM IIUM

First time for me tengok cadaver time 1st year 1st block dulu. Excited! sangat. ^_^. Kisah ni berlaku time 1st anatomy practical class.
Time awal2 masuk UIA, memang malas nak explore sangat uia kuantan tu, janji tau bangunan Kulliyyah of Medicine and tau jalan balik hostel sudah. Sampai cafe pun malas nak pegi jenguk and cari, makan jelah biskut2 kering roti2 ape yang ade kat bilik. Time tu macam tak berape rapat sangat ngan budak2 medic ni sebab time kat cfs dlu rapat ngan budak2 course lain. Ade yg paling rapat pun Aina Sharleena jelah time tu. Tapi Aina lak umah kat kuantan, ape lagi sangat rajin balik rumah lah =p and skang berulang je tiap2 hari tak dok hostel dah. Rase2nye start menjejakkan kaki kat cafe uia time the end of 2nd week kat sane. Sebelum tu just dengar2 jelah orang cakap cafe uia kat atas jambatan ade tasik. Wahh! But in fact the reality is far beyond my imagination. Macam takleh nak cakap tasik lah, its a kind of "grand longkang" and ade huge biawak.. kerusi2 lak banyak dikotori ngan sisa2 buangan burung. And kalau nak dibandingkan ngan uia PJ dulu and uia gombak, kitorang memang patut menangis! haha xD. Tapi lama2 dapat adapt, kira bersyukurlah ade cafe makanan pun murah. If tak lalu nak makan kat cafe tu, beli bungkus makan kat bilik je, best! Sebab pastu leh landing zzZZzz terus hehheh. Lagipun toksah dok complain2 and memilih sangat lah, banyak lagi orang lain yang nak dapatkan makanan pun susah.
Biasenye pagi tak sempat nak breakfast sebab pas subuh tido balik selalunye terbangun kul 7.30. Kelas time tu hampir setiap hari start kul 8. Perjalanan dari hostel ke KOM 10 minit. So tak sempat nak locate masa untuk breakfast. Awal2 time 1st block dulu memang lah skema, tp mase 3rd block dah start dah aktiviti menyeludup makanan and menguyah kruk krak kruk krak especially budak2 MBBS (Memmbers Of Back Benches.. and am one of them, teheee ^_^) tak kire masa time lecture.hihihi.
Berbalik semula kepada main story. Pagi tu memang tak sempat nak breakfast, kelas penuh smpai 12.30 if tak salah. Kelas practical anat tu start kul 2 p.m and its a 2 hrs class, so 2 jam lah berdiri dengar lecturer explain sambil menahan bau Formaline yang sangat memedihkan hidung dan mata. Time tu wani tak lunch sebab if ramai sangat kat cafe KOM tu malas nak bersesak same beli makanan, lepas kelas jelah makan. Alaslah perut ngan nescafe (my favourite! a must have everyday).
Time tu kitorang 130 org lebih kurang dibahagikan kpd 3 groups time tu.. 40 org utk satu cadaver memang sangat semut (ramai), berasak-asak terjengket-jengket terjulur-julur kepala nak tengok and dengar explanation from lecturer. Kitorang nye group dapat Dr. Emad Nafie. Izzul tak taulah pulak group mane, lagipun tak kenal lagi time tu, takdelah pulak sebok nak amik tau dia group mane lak kan hehe.. entah2 group same xD.. Dengar punye dengar sambil terjengket-jengket sampai satu tahap rase cam penat and lemah giler. Seriously time tu rase macam dah tak larat sangat dah, rase nak pitam pun ade. Tengok muke orang lain selambe je dengar lecturer explain. Dalam hati ni cakap "aku sorang je ke rase camni, kental giler korang..oh please bertahan, jangan black out, malu kat orang lain nanti". Siyes rase dah tak larat sangat ni, level of consciousness pun fading ckit demi ckit, adeh camne ni. Tiba2 Cik Ten yang berdiri betul2 infront of me longlai, time tu ade org sebelah dia sambut dia dulu. In a split second macam ade satu kejutan dalam badan awake me and brought back my consciousness, terus tolong support Cik Ten dari belakang. Tiba2 je datang kekuatan tu drpd tadi yang rase betul2 lemah and hampir2 nak pitam tadi ni. Cik Ten puase hari tu, terus kene bukak puase dalam cadaver room tu..hehe ;-)
From that, next2 anatomy practical class, terus make sure dah amik meal before class dah tak kesahlah bekfas ke ape.

Time awal2 1st year dulu excited sangat ngan cadaver, lepas2 tu....(sila sambung sendiri)

Saturday, May 21

Alhamdulillah =')

Alhamdulillah, berkat usaha dengan izin dan kehendak Allah, wani pass exam pro.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Jangan penah putus asa dan percayalah dengan janji2 Allah =')
Ape yg kite nak tak semestinya yg terbaik utk diri kite. Segala kajayaan kegagalan jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah. Redha dengan ketentuanNya kerana Allah ade perancangan yg jauh lebih baik utk diri kita. Berusaha sedaya mungkin dan selebihnya adalah ketentuan Allah. Teringat kata2 my sahabat: percayalah Allah sgt sayangkan hamba2Nya walau sebanyak mana dosa yg pernah dilakukan, pintu taubat tu sentiasa terbuka, yakin dengan Allah yg Dia akan mangampunkan dosa2 kita and try berubah sedikit demi sedikit. Jika hati kite diberi rase kesal dan bersalah dgn dosa2 kecil or besar yg dilakukan, sesungguhnya tu tanda Allah sayangkan kite.. Alhamdulillah
Sepanjang 2 tahun melalui Basic Medical Sciences phase ni.. Time rase wani paling frust and stress rase diri ni tersangatlah kurang pandai, rase tak mampu nak jawab exam and pass, rase mungkin tak mampu nak amik medic, Allah bagi diri ini kekuatan serta bantuan. My parents En. Yaacob n Pn. Fatimah, my siblings n future hubby insyaAllah, my frens n those people around me, thank you so~ much! I LOVE YOU ALL! =')

Terase jauh perjalanan yg telah dilalui..segala penat lelah tangis frust stress maniac yg dilalui selama 2 tahun ni terbayar (plus matrix PJ 4 tahun lah, huhu). Entering the 3 years clinical phase..Oyeahhh! Hospital Tengku Ampuan Afzan n Hospital Temerloh, this September, here we come!!!
zaman2 kepoyoan =P hehe memories =)

Tuesday, May 10

Juz random.. WANIBEAR indeed =)

I've been lazy (verrryyy) in updating this blog..but its mine, so..up to me ^_^

Can't wait to finish this theoretical phase and enter the pre-Real World of Doctors

Gonna push myself all out and I REALLY NEED TO PASS THIS PRO EXAM

Had a very great holidaysss(a lot!) even the GreaT 0_o exam is just an inch apart though

Compacting 2 YRS THEORIES learned in 2 hemispheres of the brain for 1 exam n now with less than 1 week left, GORGEOUS!! this is not jz another SPM at all

The more facts need to be digested, the more chewing 'nutritious' food activity acquired ;D

The more u read, the more u'll forget = The least u read, the least u'll forget -so why read more? dang! at least the more u read, the more u know even juz the toppings, regardless u remember the fillings or not..

Brain may interpret what the eyes can see n vice versa, but theres no assurance that it will be UNDERSTOOD, rite? - take ths words deeply ;)

I'm learning n trying to be a better person, improving myself in every aspect insyaAllah.. but I don't give a damn on 'nonsense judges n critics'..

I'll try my best to make my family n future family proud n happy + dreaming of a happy family of my own =) I LOVE U ALL (u knw who u are =))

I Love my papa bear =)

-random thoughts- nitezzz -_- zZZzz..

Wednesday, March 9

My precious black tudung.


xde keje rehat jap release tension on9 pagi2 buta ni.. hmm perasan tak I always wear my black tudung in most of my pictures??.. if pkai tudung kaler lain adelah yg start kata nampak lainlah matanglah cute lah ape.. so time wani pkai tudung hitam tu x cute kerrr?? sedih3 =(..lol xde keje xD. Sebenarnye tudung hitam tulah 1st tudung yg wani pkai dlm hidup wani, start dari darjah 3 if x salah.. (wah, dah hampir 13 tahun hidup ngan tudung tu, tiap2 ari basuh pkai basuh pun still in good condition O_o) tulah 1st tudung yg mak pakaikan n ajar pkai, actually it was my mom nyer tp dah berpindah milik sbb somehow tudung tu gve me a kind of warmth n secure feeling, xtau nk explain camner.. time sek rendah dlu if nk pkai tudung, mesti tanye "mak tudung hitam tu ne? mak dah basuhkan?" if skang dok tanye camtu,memang konfem kene bebel dulu (even selalu je)..hehe. pkai, basuh then sok pkai balik..if emergency ( i.e: trbangun lambat x sempat nk iron tudung) tudung tulah penyelamat. xyah iron! best! =) my mom pun pelik, scholar banyak, ribu2.. tapi tudung tu gak yg balik2 selalu pkai. bukan pe, masalahnye x penah lg jumpe tudung yg rase seselesa tudung tu..ade gak org tu tegur, "muka cerah tp suke sgt pkai tudung hitam je, jadi gelap kang xD".. ;-( sampai hati! Ade je tudung lain, tp the feeling is not the same.. time kawen nanti nk pkai tudung tu leh x??haha silap2 kene bakar kang tudung tuh.. kite bako! kite bako!

dah cukup merepek -_-", sambung study! ^_^

Sunday, February 27

Coretan hati...

Assalamualaikum..
Tadi kat fb kate nak start study kan, hehe.. takpe2 juz nak berkongsi luahan hati sekejap..
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Wani pass exam kedua-dua block, utk y2b3 n also resit y1b2. sedang rakan2 lain cuak menanti nantikan result y2b3, wani double cuak menantikan result kedua-dua exam..nak dijadikan cerita, tiba2 result 1st n 2nd year keluar serentak, double trouble. Rase nak luruh jantung, cuak berdebar tahap dewa, nak nanges semua ade saat2 nak pegi tengok result.. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan dengan usaha dan kemampuan yg x seberapa ni.. Syazwani bt Mohd Yaacob Pass
Untuk kawan2, tahniah jugak =).. utk yg diberi ujian, bersabarlah, sesungguhnya ade hikmah di sebaliknya..memg ayat cliche tp itulah kenyataan. To be honest, time wani fail y1b1 dulu, memang rase diri sgt hampeh malu ngan kawan2 apesal lah bebal sgt nih.. Then tambah lg fail y1b2, memg 2 in a row lah..aish pesal nih, dahlah xnak jd doctorlah tuka course jelah senang. Tapi alhamdulillah family, izzul, kawan2 sekeliling x putus2 bagi semangat n believe in me membuatkan wani still striving in Kuliyyah of Medicine.
Utk resit y1b1, wani fail..dahlah time result klua, it was my 21st b'day..rase cam 1 of the terrible day in my life, memang moody all the day n all the way paling kesian kat izzul sebab he tried his best to celebrate my b'day tp..i was like beruang ngah emo, xleh nak wat apelah xD. Tapi lepas tu duk diam2 kat bilik muhasabah diri, pkir balik salah diri sendiri sbb tak cukup strive for that exam..drpd emo2 tension2 semua pun terabai so better redha je dengan ketentuanNya n berusaha utk next2 exams..
Time y2b3 memang rase sangat miserable, sgt busy..''i have to make it this time!''.. after endblock y2b2 pun x cuti sgt sbb bersiap sedia utk resit y1b2..time tu memg hectic, minggu ni minitest y2b3 n minggu depannye lak endblock y1b2 then x sampai sebulan endblock y2b3..serabut otak sampai dak2 1st yr cuti, dak 2nd yr ni pun sebok nak balik umah gak nk jumpe mak abah n ponteng iimp..hamik, kan dah kene jadi presenter block ni =)
Budak2 kos lain mesti pelik kan ngan dak2 medic ni, pass pun dah kecoh.. Bagi wani kuliyah medic ni mengajar wani utk rase bersyukur dengan ape yg deiberi..biar pass je pun takde nak kesah dpt A ke B ke C D ape smua..pass tu memang alhamdulillah lah.. To all dak2 batch 13th legacy, semoga semua berjaya pass this block n melayakkan diri n pass utk pro exam nanti.. amin~
with love-wanibear =)


Saturday, February 19

Back to serious business

Cuti endblock hampir berakhir, pukul 9 pagi nanti dah bertolak ke kuantan, kemaskini segala nota2 yg ditinggalkan macam tu je sebab kelam kabut nak balik after last block... Alhamdulillah cuti ini digunakan even bukan dengan sempurna tapi ade pengisian..=)
Semalam daripada Sabah balik ke semenanjung semula..sepanjang cuti meluangkan mase dengan my mum kat kampung di sabah.. Pergi pulau2, siyes x penah lagi ke pulau yg secantik tu..survey2 kira2 utk honeymoon later (laaaaater) ke..haha jk xD Palg best dapat jumpe the new lil cousins yang x pernah jumpe lagi, raziq (9bln) n mohd hadif hafiy (2bln).. Stay kat rumah my aunt (adik mak yg bongsu), rumah peninggalan arwah atuk n nenek.. kat sana tiap2 hari bangun tdo terus layan n main ngan si sarah n raziq =) enjoyed it.. sarah ngan mulut yg x henti2 bercakap n raziq yg cute2 manja n nakal..rindu ngan diorang2 semua. Bulan 6 ni if panjang umur insyaAllah jumpe diorang di cni lak, diorang datang semenanjung, yeay! =)
Dalam cuti ni ade gak benda2 yg dapat diambil iktibar, antaranya semalam time naik bas terjumpe seorang ibu muda yg naik bas sekali ngan kitorang bawak anak umur 11 bulan.. dia pun dari sabah gak, datang cni sebab nk pegi kenduri kawen adik di terengganu tp singgah di ipoh dulu rumah mentua dia..suami dia x dapat ikut last minute sbb hal kerja. kat klia dia turun jap nk ke tandas n dia mintak tolong my mum pegangkan n jage anak dia jap. dalam hati ni, wah kentalnya semangat die bawak anak kecik sorang2 naik turun bas,sampaikan dia nak taknak kene letakkan kepercayaan dekat org lain untuk anak dia.. Tengok balik diri sendiri, agak manja n sensitif melampau kadang2.. dahlah kalau datang angin tu, macam2 perangai pelik2 kelua..saya mohon maaf =(
Emm dah lewat dah ni, sok nak bangun awal, tido dulu.. nite2 =)

raziq suke dapat kacau kakak die tido ^_^

kak wani buli raziq pagi2..

Saturday, February 12

Balik Kampung =)

Dah 3 tahun x balik kampung kat sabah,alhamdulillah finally m here.. Sampai2 di kk terus lunch di sembulan..Dah lame tak jumpe si sarah n ni 1st time jumpe adiknye raziq, 9 bulan sudah.. Aktiviti hari ni juz main n layan katun ngan budak cute 2 org ni..


tengok Mr. Bean


Raziq, muka mcm korea lah! cute! suka baling2 barang..

si sarah yg mulut banyak, nda pandai diam2 ba kau sarah..haha